Gangguan perkhidmatan komuter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan komuter bagi beberapa laluan menghadapi gangguan berikutan gangguan bekalan elektrik di antara Stesen Kepong – Stesen Kuang akibat pokok tumbang di Kilometer 373.2.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan kepada Sinar Harian berkata, perkhidmatan komuter laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang akan tamat di Stesen Sungai Buloh.

Menurut kenyataan itu, laluan Pelabuhan Klang ke Tanjung Malim pula akan tamat di Stesen Kepong.

Manakala perkhidmatan bagi laluan Batu Caves-Seremban-Tampin/Pulau Sebang beroperasi seperti biasa.

“Penumpang dinasihat merancang perjalanan dengan baik dan digalakkan menggunakan alternatif pengangkutan awam lain di sektor Lembah Klang seperti perkhidmatan tren MRT, LRT untuk ke destinasi yang dituju.

“Perkhidmatan ETS laluan sektor Utara (Ipoh ke Kuala Lumpur) beroperasi hingga ke Stesen Sungai Buloh. Penumpang kemudiannya akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT (pergerakan penumpang akan diatur kakitangan KTMB dan tidak perlu membayar tambang perkhidmatan MRT ke Stesen KL Sentral,”katanya.

 

Menurutnya lagi, bagi laluan sektor Selatan (KL Sentral – Ipoh – Butterworth/Padang Besar) penumpang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT dari Stesen KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh. Penumpang akan meneruskan perjalanan ke destinasi menggunakan perkhidmatan ETS.

“Kerja-kerja baik pulih giat dijalankan dan sebarang makluman terkini akan dimaklumkan dari masa ke masa. KTMB memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200,”katanya.

seterusnya ARTIKEL PENTING!!

(Solat Jumaat tidak sah: Mufti)

GEORGETOWN – Status solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa, di sini, pada 11 Ogos lalu diputuskan sebagai tidak sah kerana tidak memenuhi rukun khutbah mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati khutbah yang disampaikan oleh khatib jemputan di masjid itu tidak berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W, tidak menyebut bertakwa kepada ALLAH dan tidak membaca doa untuk umat Islam.

“Pihak Masjid Jamek Kampung Rawa telah memohon pandangan saya mengenai perkara tersebut dalam surat bertarikh 17 Ogos 2017 menerusi pegawai tadbir agama daerah Timur Laut.

“Rakaman video juga telah diperlihatkan dan diperdengarkan kepada pegawai tadbir agama daerah berkenaan dan penolongnya. Perlu diperjelaskan bahawa fokus diberikan kepada khutbah yang disampaikan, bukan kepada khatib terbabit,” katanya, semalam.

Menurutnya, keputusan itu dibuat mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie seperti mana yang dikehendaki oleh Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Terdahulu, Wan Salim dalam satu surat rasmi kepada pihak masjid berkenaan bertarikh 17 September menjelaskan bahawa solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Rawa pada 11 Ogos lalu adalah tidak sah mengikut hukum syarak.

Menurut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie tiga rukun iaitu memuji ALLAH, selawat ke atas Nabi dan pesan takwa hendaklah dibaca pada kedua-dua khutbah Jumaat, selain dua rukun lagi iaitu membaca satu ayat daripada al-Quran pada salah satu daripada dua khutbah dan berdoa untuk orang mukmin.

Sehubungan itu, pihak Masjid Jamek Kampung Rawa perlu mengisytiharkan kepada seluruh jemaah yang telah melaksanakan solat Jumaat pada tarikh berkenaan supaya melaksanakan solat qadha fardu Zohor.

Sementara itu, tinjauan di masjid berkenaan mendapati satu notis pemakluman mengenai perkara itu telah dipamerkan di papan kenyataan masjid berkenaan.

Surat yang ditandatangani Pengerusi Qaryah Masjid Jamek Kampung Rawa, Ahmad Azhari Hamzah memaklumkan bahawa khutbah yang disampaikan oleh khatib jemputan iaitu Zamri Vinod pada 11 Ogos lalu di masjid berkenaan adalah tidak memenuhi rukun khutbah mengikut Qaul Muktamad Mazhab Al-Syafie.

“Maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa seluruh para jemaah yang melaksanakan solat Jumaat pada tarikh berkenaan supaya melaksanakan solat qadha fardu Zohor dengan seberapa segera,” katanya.

sumber: sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *