(FOTO) CANTIK DAN BERBAKAT, 5 KELUARGA SELEBRITI INI PERLU DIGELAR THE KARDASHIANS?

Kalau kita lihat, semakin ramai adik-beradik selebriti tanah air yang menceburi industri hiburan. Seperti di Hollywood yang memiliki keluarga The Kardashians, mereka juga turut menerima populariti yang diraih daripada keluarga masing-masing.

Namun di Malaysia juga apa kurangnya, ramai adik-beradik selebriti yang semakin popular menerusi bakat yang sedia ada. Berikut adalah lima keluarga selebriti Malaysia yang sering menjadi perhatian peminat mereka.
#1. The Maembong

Keluarga ni memang ‘happening’ dengan kehadiran tujuh adik-beradik perempuan! Boleh dikatakan masing-masing mempunyai bakat seni yang  tersendiri. Selain Emma dan Chacha yang terlibat dalam bidang lakonan, abang mereka Ahmad Bakri juga merupakan pemain drum untuk kumpulan Flop Poppy dan Meet Uncle Hussein.
#2. The Nasir

Bukan setakat Anzalna, adik beradiknya yang lain seperti Diana, Afifah, Mia dan Nazirah Nasir juga sentiasa menjadi perhatian netizen kerana kecantikan yang dimilikinya. Dengan mewarisi darah kacukan Melayu, Cina, Punjabi dan Bugis, tidak hairanlah mereka kelihatan cantik dan bergaya.
#3. The Sharifah

Keluarga ini juga antara yang meraih populariti di Malaysia. Sebut sahaja Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah, pasti terbayang ‘kegilaan’ mereka yang sentiasa menghiburkan hati serta karenah yang melucukan.

#4. The Khan

Pelakon dan pengacara, Neelofa sering mendapat perhatian daripada netizen dengan kontroversi dan kejayaan yang diperolehinya. Turut menerima tempias populariti adalah kakaknya Noor Nabilah yang berkahwin dengan pelakon hebat Sharnaaz Ahmad. Adik-adiknya seperti Athisha dan Ameera juga semakin dikenali menerusi media sosial.
#5. The Senrose

Siapa yang tidak mengenali pasangan adik-beradik popular dalam bidang lakonan, Nelydia dan Uqasha. Selain mereka berdua, Rasya Rizrose juga merupakan adik berkongsi ibu yang sama namun berlainan bapa.-

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : BeritaSteady via ohgebang

ARTIKEL BERKENAAN..

Langsung Tak Heboh & Menunjuk-nunjuk, Fouziah Gous Sebenarnya Berpangkat Datin?

 

Wow, itu yang mampu admin katakan apabila melihat perkongsian pelakon cantik yang cukup dikenali dengan imej manis dan lemah lembutnya.

Siapa sangka dalam diam-diam rupanya kini Fouziah Gous telah bergelar ‘datin’!

Semua ini dapat dikesan apabila Fauziah sendiri ada berkongsi satu gambar di Insta Storiesnya yang berkongsi kegembiraan atas percapaian suami tercintanya.

Apa yang membuatkan ramai membuka mata besar apabila melihat nama yang tertera dibawah gambar suaminya serta pangkatnya sudah berbeza.

Perkongsiannya ini telah membuatkan ramai memberi respon serta kagum bagaimana Fouziah boleh bersahaja dan tidak menunjuk-nunjuk langsung tentang pangkatnya itu.

Bagus betul Fouziah, admin juga tak nafikan suka melihat  sikap serba sederhananya.

Okay tak nak cakap banyak, korang lihat sendiri gambar-gambar terkini Fouziah Gous yang boleh mencuri hati sesiapa yang memandang.

sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *