Bengang Dikecam Kerap Memuat Gambar Sendiri Di Instagram, Ini Troll Fatin Afeefa Yang Buat Netizen Terhibur

Admin sebenarnya tak tahu nak cakap apa dengan orang zaman sekarang. Mudah sangat berdengki dan cemburu dengan orang lain. Yang jadi peliknya, kita post gambar sendiri dekat Instagram peribadi pun orang tak suka.

Inilah yang dihadapi pelakon comel lagi jelita, Fatin Afeefa lepas viral semalam ada netizen yang tegur kat Twitter kenapa dia asyik post gambar sendiri kat media sosial. Aduh nape sis? Jeles eh??


Sumber: Twitter

“Lepas ni jangan complain i asyik post gambar i je”

Bengang ditegur kenapa asyik post gambar sendiri, Fatin Afeefa pun apa lagi… dia post lah pulak gambar orang lain di Instagram peribadinya. Yang lagi best, cara troll Fatin ni memang win lah sebab dia post gambar netizen tadi yang tegur tentang dirinya tempoh hari. Ops!


Sumber: Twitter

Macam manapun, Fatin dah delete gambar tu dari akaun Instagramnya.

“Ala bodoh yek, dah tu IG Fatin takkan la nak post gambar kau pulak”

Rata-rata netizen walau bagaimana pun takdelah kecam Fatin balik, malah mereka sokong dengan tindakan pelakon tersebut dengan tindakan ‘win’nya tu. Lagipun betullah kata netizen, itu IG Fatin dan ikut suka hatilah dia nak post gambar dia banyak-banyak. Takkan nak letak gambar korang pulak kan?


Sumber: Twitter

Bagi admin, sebagai seorang netizen lebih baik korang jangan sibuk atau jaga tepi kain orang lain. Kalau benda tu dia post di IG atau akaun media sosial dia, ikut suka dialah kan. If korang tak suka, korang unfollow je. Senang!

Sumber lobak merah

Biodata Fatin Afeefa Pelakon

1540954595716ada tak peminat fatin ni ? jom kongsikan biodata fatin afeefa ni ya.

Biodata Fatin Afeefa

  • NAMA PENUH : Fatin Nur Afifah Binti Shamsudin
  • NAMA PANGGILAN : Fatin Afeefa
  • UMUR : 24 Tahun (2018)
  • ASAL : Kuala Lumpur
  • PEKERJAAN : Pelakon
  • STATUS : Berkahwin (21 Disember 2013) (Bercerai 30 Mei 2017)
  • CAHAYA MATA : Adam Aisy Arrian, 4 dan Ivy Herra Sophia, 2
  • SENARAI FILEM/DRAMA : Kekasih Paksa Rela, Monalisa, Semusim Rindu, Red Velvet, Jodoh-Jodoh Annisa, Tentang Bulan, Kampung Drift, Volkswagen Kuning, Hospital
  • INSTAGRAM : https://www.instagram.com/fatinafeefa/
  • TWITTER : https://twitter.com/FatinAfeefa

Dilahirkan pada 13 Julai 1994 di Kuala Lumpur, Fatin Afeefa memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak seawal umur 8 tahun. Drama pertama beliau ditayangkan di TV3, bertajuk Maksimum. Beliau membintangi filem Tentang Bulan arahan Ahmad Idham, yang turut dibintangi oleh Erin Malek, Nik Adruce dan Aedy Ashraf.

10 tahun kemudian, Fatin berlakon bersama Pekin Ibrahim dan Syafie Naswip dalam filem Kampung Drift. Beliau muncul dalam drama adaptasi novel, Red Velvet lakonan Neelofa dan Alif Satar. Kemudian disusuli drama adaptasi Korea “The Womans Room” yang bertajuk “Monalisa” lakonan Zara Zya dan Nazim Othman.

Beliau berkahwin dengan pelakon Adam Shah pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan 2 anak, pasangan ini memfailkan perceraian pada 30 Mei 2017.

Tahun 2017 dan 2018 merupakan tahu penuh controlversy buat Fatin Afeefa dimana seorang wanita tampil mendakwa pelakon Fatin Afeefa menjalinkan hubungan intim dengan suaminya sehingga rumah tangga mereka berantakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *