Emma dan Syed Abdullah didakwa telah bernikah sebenarnya

KUALA LUMPUR – Hubungan antara pelakon, Emma Maembong dan abang kepada menteri Kabinet, Syed Abdullah terus menjadi persoalan susulan penyebaran gambar bermesraan pasangan berkenaan.

Terbaharu timbul dakwaan mengatakan Emma dan Syed Abdullah yang merupakan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abd. Rahman itu telah pun berkahwin

Dakwaan tersebut tular apabila seorang pengikut Instagram @memes_puaka mendedahkan bahawa Emma dan Syed adalah pasangan suami isteri.

“Mereka berdua telah bernikah. Syed telah menunjukkan gambar mereka ketika dalam penerbangan ke Dubai.

“Syed mahu berhenti jadi pramugara dan menceburkan diri dalam kerjaya seni. Syed sedang kumpul duit untuk mengadakan majlis sanding dan membeli rumah,” memetik komen berkenaan di laman Instagram milik memes_puaka hari ini.

Menurut komen itu lagi, pengguna laman sosial berkenaan mendedahkan perkara itu kepada umum selepas kasihan melihat Syed Abdullah teruk dikecam sehingga menimbulkan fitnah.

netizen

Baru-baru ini, tular di laman sosial gambar panas melibatkan Emma atau nama sebenar,    Fatimah Rohani Ismail, 27, yang tidak bertudung bersama Syed Abdullah Syed Abdul Rahman, 30.

Penularan gambar itu menerima kecaman hebat selepas memaparkan Emma yang tidak berhijab dalam keadaan berpelukan dengan Syed Abdullah.

Sehingga setakat ini, kedua-dua pihak hanya memuatnaik kenyataan maaf secara terbuka di laman Instagram masing-masing tanpa mendedahkan status hubungan mereka. – K! ONLINE

Dedah akaun itu lagi,Syed telah menunjukkan gambar pernikahan mereka berdua kepada beberapa orang netizen. Pendedahan itu dibuat kononnya mereka berasa bersalah mendiamkan hal tersebut kerana melibatkan isu fitnah ke atas Emma dan Syed.

Syed Saddiq Tegur Netizen 

Dalam perkembangan lain, abang kepada Syed yang juga Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq turut dihujani pelbagai komen yang dikaitkan dengan abangnya di Instagram. Tegas Syed Saddiq, meskipun isu tersebut hangat diperkatakan Syed masih abangnya dan dia tidak perlu mendedahkan perkara melibatkan teguran atau perbincangan di antara keluarga kepada umum.

“Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga. He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia,”

Sehingga kini dakwaan berkaitan Emma dan Syed sudah bernikah tidak dapat dipastikan.

Terdahulu, kedua-dua mereka memohon maaf secara terbuka selepas tularnya gambar mereka berdua di media sosial dimana turut memperlihatkan pelakon itu membuka hijabnya. Meskipun begitu, Emma menafikan gambar seorang gadis berseluar pendek bergambar bersama Syed adalah dirinya.

Sumber hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *