Ekonomi Malaysia Merosot Sejak PH Jadi Kerajaan….

Hari ini genap 42 hari Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan. Apakah ekonomi Malaysia sudah diselamatkan dan menjadi lebih baik? Tidak, makin berundur ke belakang.

Ada pemerhati ekonomi menyatakan Malaysia akan berundur ke zaman 80 an dan 90 an jika keadaan ini terus berlarutan hingga hujung tahun ini.

Selasa lepas adalah hari ke-29 berturut-turut pelabur asing membawa keluar pelaburan mereka dari dalam negara ekoran ketidaktentuan masa depan ekonomi di Malaysia sejak tampuk pemerintahan bertukar tangan. Pada 14 Jun lepas, jumlah pelaburan yang dibawa keluar adalah paling tinggi iaitu RM402.2 juta.

Dalam pasaran bon pula, RM13 bilion di bawa keluar dari Malaysia pada bulan lepas sahaja. Pada bulan ini, jumlah yang dibawa keluar juga akan tinggi tapi difahamkan pihak berkuasa masih enggan mendedahkan jumlah terkini setakat ini.

Jika keadaan ini berterusan, para pemerhati ekonomi menjangkakan bahawa Malaysia akan terjerumus ke dalam krisis ekonomi yang lebih cepat. Masin sungguh mulut Tun Mahathir dan Tun Daim yang selalu menyebut kata Malaysia akan jadi negara bankrup dan muflis.

Agensi penarafan antarabangsa pula terus meletakkan penilaian yang rendah ke atas situasi semasa ekonomi Malaysia.

Mentaliti kerajaan PH yang masih dalam pemikiran sebagai pembangkang terus membuat kenyataan mendakwa ekonomi negara teruk akibat daripada kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BM) terus mengheret sama negara ke dalam permulaan masalah ekonomi.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan peringatan berkali-kali supaya jangan teruskan membuat kenyataan berbaur dendam kerana ia akan memberikan kesan kepada ekonomi negara tapi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak mengendahkan perkara itu sebaliknya terus membuat tuduhan melulu melangkaui siasatan.

Anwar Ibrahim juga sudah tegur supaya Guan Eng berhati hati membuat kenyataan. Tapi apa boleh buat, Guan Eng tetap bawa perangai Guan Eng di Pulau Pinang dahulu. Menyalahkan orang lain dan lepas tangan sahaja.

Bukan sahaja Bursa Malaysia yang menerima kesan buruk daripada kemerosotan ekonomi ini tetapi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) turut sama terkesab. Agensi itu telah rugi hampir RM6 bilion sejak PH menjadi kerajaan baru Malaysia.

Pada September tahun lepas, apabila Najib memaklumkan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump di White House tentang KWSP yang akan menambah pelaburannya di negara Uncle Sam itu, ramai yang mengeluarkan kenyataan negatif menempelak Najib.

Masa itu, tujuan kenyataan buruk itu ialah untuk memburukkan Najib. Ketika itu, KWSP membuat keputusan melabur AS$3 bilion hingga AS$4 bilion di negara itu.

Hari ini Trump sudah singgah Singapura baru baru ini, dah dekat dah, kenapa Trump tak nak datang Malaysia? Kerana Trump tahu kerajaan PH sedang lintang pukang, berunding apa pun tidak guna. Baik tunggu PM yang baru naik.

Bawah kerajaan PH, pelaburan KWSP di dalam 10 syarikat tersenarai awam (PLC) jatuh 12 peratus pada bulan pertama pemerintahan PH, menurut laporan The Edge Markets.

Kerugian keseluruhan berjumlah RM6.09 bilion, jatuh kepada RM45.12 bilion di dalam nilai pelaburan. Hujung tahun ini, semua pendeposit KWSP jangan haraplah hendak dapat kadar dividen tinggi lagi. Kalau dapat dividen rendah, kena salahkan kerajaan PH lah selepas ini.

10 PLC yang dimaksudkan adalah Cahya Mata Sarawak Bhd (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB), IJM Corp Bhd, Gamuda Bhd, Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata Group Bhd, Tenaga Nasional Bhd (TNB), CIMB Group Holdings Bhd, Malayan Banking Bhd (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

Dengan pasaran saham terus merudum dan rizab antarabangsa di Bank Negara Malaysia juga sudah jatuh, mungkin ada lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sebelum ini rizab tunai mereka besar kini sudah mula menguncup selepas KWSP mengalami kerugian RM6 bilion kerana situasi ekonomi negara yang tidak menentu.

Ekonomi Malaysia sudah diundur ke belakang. Ringgit sudah cecah RM4 berbanding dollar dan merupakan matawang yang mencatat prestasi terburuk di Asia. Bila dah jadi begini, rakyat hendak salah siapa?

Harga barang terus naik, gas masak yang tidak pernah naik sudah naik. Nantilah peningkatan mendadak harga barang pada 1 Julai nanti.

Inilah padahnya undi PH. Janji tidak ditunai, hasil negara tidak masuk, persepsi sahaja melebih lebih setiap hari. Teruk sungguh PH menjadi kerajaan.

Tulisan :
Dr Hanafi Hamdi
Pemerhati Ekonomi

Sumber: bicaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *