Dominasi skuad badminton negara berakhir..

Tan Wee Kiong dan Goh V Shem berjaya mengalahkan beregu dari India, CC Shetty dan Shetty dan Sawik Rankireddy bagi acara akhir Badminton berpasukan campuran sempena Sukan Komanwel Gold Coast 2018 di Stadium Carrara. – Foto Yazit Razali

GOLD COAST: Skuad badminton negara gagal mempertahankan pingat emas acara berpasukan campuran yang dimenangi dalam tiga edisi Sukan Komanwel sebelum ini apabila tewas kepada India 1-3 dalam aksi final di Carrara Leisure and Sports Centre, sebentar tadi.

Sumber.

Artikel Berkaitan..

 

Skuad badminton raih Perak di Gold Coast

GOLD COAST: Hasrat Datuk Lee Chong Wei untuk menjadi atlet Malaysia paling berjaya dalam saingan Sukan Komanwel tidak kesampaian apabila skuad badminton negara tewas 1-3 di tangan India dalam aksi final berpasukan campuran yang berlangsung di Kompleks Sukan Carrara, hari ini.

Chong Wei memburu pingat emas berpasukan campuran bagi menyamai rekod Koo Kien Keat yang meraih lima gelaran juara dan berpeluang mengatasinya dalam saingan individu.

Beregu campuran India, R Satwik-P Ashwini menyumbang mata pertama India apabila menundukkan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying 21-14, 15-21, 21-15 dalam tempoh 65 minit.

Peng Soon-Liu Ying berjaya mendahului 11-7 pada aksi set penentuan tetapi Satwik-Ashwini menukar strategi permainan mereka dan berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan.

“Kami mengawal perlawanan ketika 11-7 sebelum mereka mengubah corak permainan. Kami cuba untuk melakukan serangan balas tetapi tidak berjaya,” kata Liu Ying.

Pemain nombor enam dunia, Chong Wei turun dengan misi untuk menyamakan kedudukan buat skuad negara tetapi dia tewas kepada K Srikanth 21-17, 21-14 sekali gus membolehkan India mendahului 2-0.

Malaysia berjaya merapatkan jurang menerusi kemenangan yang diraih beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan Satwik-S Chirag Chandrashekhar 21-15, 22-20.

Saina Nehwal muncul wira India apabila menyumbang mata kemenangan buat India selepas menewaskan Soniia Cheah 21-11, 19-21, 21-9 dalam aksi perseorangan wanita.

Sementara itu, gangsa menjadi milik England yang menewaskan Singapura 3-0.

Sumber.

 

 

Artikel Berkaitan..

TERKINI: Azroy rangkul emas pertama negara.

 

GOLD COAST: Atlet angkat berat, Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad menyumbang pingat pertama dan emas untuk Malaysia di temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, hari ini.

Atlet berasal dari Pahang berusia 24 tahun itu meraih pingat emas selepas aksi mendebarkan di Carrara Sports and Leisure Centre dalam acara angkat berat lelaki final snatch kategori 56 kilogram (kg).

Azroy Hazal Wafie yang pertama kali beraksi di Sukan Komanwel membuat angkatan seberat 117kg dalam acara snatch sekali gus memecahkan rekod 116kg berusia lapan tahun, milik Amirul Hamizan Ibrahim yang dilakukan pada edisi 2010 di New Delhi, India.

Bagi kategori clean & jerk, Azroy Hazal Wafie membuat angkatan seberat 144kg, seterusnya mengumpul angkatan keseluruhan 261kg untuk melayakkannya meraih emas.

Angkatan 261kg itu sekali gus memecahkan rekod kejohanan 260kg yang dilakukan oleh jurulatihnya Amirul Hamizan Ibrahim pada 2002 di Manchester, England.

Pingat diraih perak diraih oleh atlet India, Gururaja dengan angkatan 249kg manakala pingat gangsa pula menjadi milik Chaturanga Lakmal dari Sri Lanka dengan angkatan 248kg. – BERNAMA

MUHAMMAD Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad berjaya membuat angkatan bagi kategori 56kg lelaki di Carrara Stadium. – Foto Yazit Razali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *