Doktor Pesan Jangan Pakai Pendakap Gigi Ketika ‘Bersama’.. Lelaki Ini Menceritakan Kisah Dia Kepada Doktor

 

KISAH kecederaan seks luar biasa tular di Thailand minggu ini.

Menurut laporan Channel 3, ia dikatakan bermula apabila kemaluan seorang lelaki asing di Pattaya luka akibat pendakap gigi yang dipakai teman wanitanya.

Bagaimanapun, umur dan identiti mangsa tidak didedahkan.

Di Thailand, pendakap gigi dianggap sebagai sebahagian daripada aksesori dan si pemakainya dianggap comel.

Bukan luar biasa apabila wanita dan kadang-kadang lelaki berusia hampir 40 tahun memakai pendakap gigi dalam usaha untuk memperbaiki struktur gigi mereka atau semata-mata mahu kelihatan lebih muda.

Pendakap palsu juga menjadi trend walaupun menyalahi undang-undang dengan banyak kedai menawarkannya kepada mereka yang mahu kelihatan comel tanpa perlu melakukan rawatan di klinik gigi yang mahal harganya.

Cerita mengenai kecederaan itu telah dibincangkan dalam satu video di Facebook oleh Dr Pitipong Srichaiyoruk, dari Klinik Pergigian Thai Smile Jomtien.

Posting pada Selasa itu telah ditonton lebih 42,000 kali sehingga kini.

Dia juga memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar kepadanya mengenai kejadian itu, yang dikatakan dihantar oleh gadis yang terlibat, yang juga salah seorang daripada pelanggannya.

Bersama dengan mesej itu adalah gambar tompokan darah didakwa selepas kejadian itu.

Walaupun Dr Pitipong mendapat pujian ramai atas amarannya meminta masyarakat berhati-hati ketika melakukan hubungan seks dengan seseorang yang memakai pendakap gigi, ada juga yang menuduhnya hanya mencipta video sensasi untuk mendapat perhatian.

Sumber: Mstar Online via gedebakviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *