Diserang Isteri Sendiri Di Hari Perkahwinan Isteri Kedua, Lelaki Ini Dapat Malu Besar

Difahamkan gadis yang membahasakan dirinya Ayu mendakwa dirinya seolah-olah ditipu apabila suami dan keluarga suaminya merahsiakan perkahwinan baru ini tanpa pengetahuannya selepas 4 bulan berdiam diri.

Dihujung video yang berdurasi 5.47 minit ini, Ayu telah meluahkan kemarahannya terhadap suami serta keluarga mertua atas apa yang berlaku.

“Memang takde langsung adab datang mintak maaf. Memang sakit hati sangat-sangat. Empat bulan Ayu senyap, takde kabar berita langsung, mintak maaf langsung takde. Tibe-tibe datang sini, nikah macam ni, kahwin.

“Memang takleh terima la. Mak Ayu menderita kat rumah tu, macam mana korang langsung tak datang mintak maaf, macam mana…

“Ayu dah buat report polis eh! Ni report polis pertama, dan yang ni report polis kedua. Ayu ada bukti. Langsung takde surat cerai dari Hisyam, dan takde kata putus dari mahkamah yang mengatakan kami dah bercerai. Tak ada!!!

“Tibe-tibe dapat tahu dah nikah. Waktu ni belum sah bercerai lagi. Kenapa??! Itu jer Ayu nak tahu. Kata taknak ambik tahu tapi tengok satu family datang kenduri majlis. Ayu ni macam mana?!

Namun, dalam masa yang sama ibu bapa pengantin lelaki cuba mencelah untuk menerangkan keadaan yang sebenar dan berkata;

“Dah pergi dah mahkamah hari tu, Ayu yang tak turun” – mak suami (pengantin lelaki)

SUMBER : Sembangtular.com

Lawak Akad Nikah Paling Kelakar Di Malaysia Pasti Gelak.

Sila Rujuk Video Tersebut Di Bawah Sekali

Setiap orang pasti ada impian untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan masing masing. tak kira agama dan bangsa pasti inginkan perkahwinan. Kebanyakkan dari kita akan bermula dengan berkawan dan bercinta sehingga ke bersanding di pelamin.

Bagi seseorang lelaki yang ingin berkahwin, mereka perlu lalui saat genting dimana bagi beragama islam iaitu akad nikah, Antara peringkat terakhir sebelum bergelar sah sebagai suami isteri. Seorang lelaki perlu bersedia menghadapi dugaan terbesar kerana berhadapan dengan tok iman dan sanak saudara yang ramai.

Ada yang berdebar, gagap serta gugup untuk akad nikah. pelbagai gelagat kita boleh lihat. Di dalam video dibawah ni beberapa kompilasi video yang diambil dari youtube untuk dilihat pelbagai gelagat bakal pengantin lelaki dan perempuan. Adakalanya tok iman yang terlepas cakap boleh dikatakan lawak.

Bagi lelaki, semasa iman pegang tangan untuk akad nikah seperti ada aliran elektrik yang boleh menyebabkan gagap, berdebar, berpeluh bagaikan boleh lupa semua apa yang dihafal sebelum ni, Tapi itulah lumrah sebagai seorang lelaki untuk berkahwin. Selepas akad nikah, alhamdulilah semua dihijab kabul sebagai suamu isteri.

Di dalam video tersebut terdapat beberapa kompilasi video gelagat pengantin lelaki dan perempuan mahupun tok iman sendiri yang buat lawak. Diharap pengantin diluar sana tidak ambil hati atau kecik hati untuk video ni. tiada sebarang provoke dan mengherdik seseorang.  Semoga perkahwinan dibina sehingga ke akhir ayat. Amin, sekian terima kasih

sumber dari youtube AQ K  subscribers

olahan artikel oleh editor Sembang Tular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *