‘Dia Buka Seluar & Keluarkan Air Mani’

Malang tidak berbau apabila seorang wanita tersalah masuk ke dalam sebuah kereta yang telah ditempahnya menerusi aplikasi Grab. Wanita berkenaan hampir dir0gol oleh seorang lelaki dipercayai warga Pakistan dan kejadian malang itu berlaku kira-kira 11 malam pada Isnin lalu.

Selain ditampar di pipi mangsa, lelaki itu juga bertindak membuka seluar mangsa dan mengeluarkan air mani.

Berpusing-pusing di kawasan yang sama

Gambar sekadar hiasan

Mangsa berusia 23 tahun itu mendakwa tidak memeriksa nombor pendaftaran dan jenis kereta yang ditempahnya dan menaiki kenderaan suspek selepas dimaklumkan oleh pemandu Grab bahawa kereta sudah sampai.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais melaporkan wanita tersebut sepatutnya menaiki kereta jenis Produa Bezza sebaliknya kereta yang dipandu lelaki Pakistan itu adalah jenis Proton Gen2.

Mangsa menempah kereta Grab di Jalan Yahya Awal untuk menuju ke Larkin. Selepas menerima panggilan telefon daripada pemandu Grab yang ditempah menyatakan sudah sampai, mangsa terus memasuki kereta suspek yang berada di lokasi itu tanpa memeriksa nombor pendaftaran dan jenis kenderaan itu.

Suspek yang kemudian menyamar sebagai pemandu Grab terus bergerak, namun disedari mangsa yang duduk di tempat duduk belakang bahawa jalan dilalui suspek tidak menuju ke Larkin.

Mangsa mendapati suspek berpusing-pusing di kawasan yang sama dan bertindak menegur suspek kerana mengikut jalan yang salah, sebelum suspek memberhentikan kereta ketika tiba di tempat kejadian.

Tiada kemasukan ke dalam kemaluan

Menyedari situasi yang mencemaskan itu, mangsa bertindak untuk melarikan diri dan keluar dari kenderaan tersebut, namum, suspek pula bertindak menampar pipi mangsa.

Mangsa berjaya keluar daripada kereta, namun terjatuh atas jalan. Suspek kemudian dikatakan membuka separuh seluar mangsa dan mengeluarkan air mani, namun mangsa percaya tiada kemasukan kemaluan suspek ke dalam kemaluannya memandangkan dia tidak merasa sakit.

Suspek berjaya diberkas pihak polis

Lelaki warga Pakistan itu kemudian meninggalkan mangsa selepas kira-kira empat minit kemudian.

Mangsa kemudian menahan sebuah kenderaan dan datang ke Balai Polis Larkin untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun, kurang 24 jam selepas insiden itu, polis berjaya menahan suspek disyaki terbabit dalam kes cubaan merogol itu. Suspek berusia 31 tahun itu ditahan di tepi Jalan Tun Abdul Razak kira-kira jam 11 malam Selasa lalu.

Ujian saringan awal air kencing suspek mendapati dia negatif sebarang dadah berbahaya.

Sumber: BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *