Dato Siti Nurhaliza Menari “tik tok” Comel Gilaaa – Mula mula Malu Last last Dia Yang Terover Hahahaha

Bersempena dengan hari lahir penyanyi nombor 1 Malaysia,Dato Seri Siti Nurhaliza hari ini, pelbagai ‘throwback’ lagu dan kisah penyanyi kesayangan ramai telah ditampilkan semula oleh pelbagai media tempatan.

Bukan itu sahaja, pada hari ini, Siti dan suaminya, Datuk K turut mengumumkan bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan pada Mac ini. Tahniah diucapkan! Untuk itu, Hangat.com rangkumkan 10 kejayaan besar Dato Seri Siti Nurhalizayang dikagumi sehingga ke hari ini.. Juara Bintang HMI

Bakatnya sejak kecil sudah tidak boleh dinafikan lagi. Bermula dengan hanya membantu ibunya menjual kuih serta didorong oleh kakak ipar dan abangnya untuk menyertai Bintang HMI 1995siapa sangka sejak itulah nama Siti Nurhaliza mula bergemerlapan hingga kini. Menjadi juara Bintang HMI 1995 adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupai Siti kerana disini jugalah beliau mengenali Allahyarham Adnan Abu Hassan yang mengilap bakatnya.
Voice of Asia
Kejayaan merangkul hadiah Grand Prix di pertandingan Voice of Asia oleh Siti Nurhaliza membuktikan penyanyi tempatan mampu memberi cabaran di pentas antarabangsa. Siapa sangka lagu bercirikan kemelayuan, Nirmala dan Purnama Merindu yang menjadi pilihan Siti Nurhaliza telah menobatkan Siti sebagai Voice of Aisa pada 2002
3. Anugerah Emas Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival
Sebelum menempa sebagai Voice of Asia, Siti terlebih dahulu membolot Anugerah Emas dalam Asia New Singer Competition Shanghai Asia Music Festival yang diadakan di Shanghai, China pada tahun 1999.

4. Lebih 200 Anugerah Dan Penghargaan Dari Dalam Dan Luar

Boleh dikatakan hampir semua pertandingam yang tercalon nama Siti Nurhaliza, pasti akan terselit namanya untuk memenangi anugerah yang dipertandingkan. Buktinya Siti kini telah mendapat lebih dari 200 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Salute!
TERBARU! Pengkongsian gambar #BabyCTDK

5. Catat Nama Di Dalam Malaysia Book of Records

Gambar Ihsan TheSunDaily

Bukan satu tapi dua rekod Malaysia telah dicipta oleh Siti Nurhaliza sekaligus melayakkan namanya tertulis dalam Malaysia Book Of Records sebagai Artis Malaysia Pertama Mengadakan Konsert Solo di Royal Albert Hall, London dan rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur (Most Awards Won Artist)

6. Lebih dari 250 Lagu Terhasil

Sehingga hari ini beliau telah menghasilkan 16 album studio, 2 album duet, 8 album konsert, 11 album kompilasi dan telah merakam lebih 250 lagu dan single, jualan album beliau kini dianggarkan telah terjual sekitar 5 juta unit.

Siti Nurhaliza kini merupakan antara artis yang paling berpengaruh dan telah diundi lebih dari 10 kali berturut-turut untuk kategori artis serantau paling popular, mengalahkan artis-artis lain dari Malaysia, Singapura dan Indonesia di Anugerah Planet Muzik bermula tahun 2001 sehingga kini.

7. Royal Albert Hall

src=”https://www.youtube-nocookie.com/embed/p3s_hI4M1E4?iv_load_policy=3&modestbranding=1&rel=0&autohide=1&playsinline=1&autoplay=0″ name=”” frameborder=”0″ scrolling=”no” sandbox=”allow-scripts allow-same-origin allow-presentation allow-popups” allowfullscreen=”allowfullscreen” data-mce-fragment=”1″>

Memegang rekod sebagai artis Malaysia pertama yang mengadakan konsert solo di Royal Albert Hall, London bukanlah satu perkara yang biasa. Ini kerana Royala Albert Hall adalah satu pentas berprestij dunia dan sepanjang Siti membuat persembahan disini, ianya Sold Out!

8. Persembahan Di Hadapan Queen Elizabeth

src=”https://www.youtube-nocookie.com/embed/-KeGK83_jgo?iv_load_policy=3&modestbranding=1&rel=0&autohide=1&playsinline=1&autoplay=0″ name=”” frameborder=”0″ scrolling=”no” sandbox=”allow-scripts allow-same-origin allow-presentation allow-popups” allowfullscreen=”allowfullscreen” data-mce-fragment=”1″>
Pada tahun 1998, beliau telah dipilih di kalangan artis Malaysia untuk mengadakan persembahan semasa majlis penutup Sukan Komanwel 1998 di hadapan Ratu Elizabeth II dan konsort beliau, Putera Philip, Duke Edinburgh dan dikalangan ahli delegasi dan pegawai daripada 70 negara-negara termasuk mereka yang daripada Negara-negara Komanwel. Sehingga kini, saat itu sangat manis dikenang!

9. Muslim Paling Berpengaruh

Tahun lepas, Siti turut berkongsi satu lagi khabar berita yang disifatkannya sebagai satu lagi rezeki dimana beliau telah tersenarai sebagai antara 500 Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Malah ini adalah tahun ketiga beliau tersenarai dalam rekod yang diterbitkan oleh Royal Islamic Strategic Studies Centre di Amman, Jordan

10. Datuk, Dato Sri Dan Biduanita?

Kerana pencapaiannya yang terlalu membanggakan, Siti Nurhaliza bukan sahaja menerima anugerah yang pelbagai malah institusi diraja turut mengiktiraf pencapaian Siti dalam mengharumkan nama negara. Selepas dikurnikan Datuk dan Dato Sri, nama Siti Nurhaliza antara yang disebut-sebut sebagai Biduanita Negara yang ketiga selepas Puan Sri Saloma dan Datuk Sharifah Aini.

Sumber: hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *