Confirm! Mantan PM Najib Razak Kena Tahan

Ura-ura penahanan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mula tersebar minggu lalu. Namun Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan perkara tersebut.

Petugas media pada 26 Jun lalu berkumpul di kediamannya itu setelah desas-desus berkenaan diperkatakan.

Ditahan 3 petang tadi

Media tempatan melaporkan Najib Razak dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di kediaman pada pukul 3 petang tadi.

Dia dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk perintah tahanan reman esok. SPRM pula dijangka  membuat kenyataan rasmi berkenaan tangkapan berkenaan dalam masa terdekat.

Kita akan terus tahan

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata,  pegawainya telah ke rumah Najib di Langgak Duta di sini petang ini sebelum membawa bekas Presiden UMNO itu. Menurutnya, beberapa pegawai dan Najib kini dalam perjalanan ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Ditanya sama ada Najib hanya dibawa ke pejabat SPRM atau terus ditahan, menurut Mohd Shukri, Najib  terus ditahan.

Kita akan terus tahan dan mereka (pegawai SPRM dan Najib dalam perjalanan).

Najib Tun Razak sebelum ini dipanggil ke pejabat SPRM pada 22 Mei lalu untuk memberi keterangan berhubung siasatan skandal penyelewengan dalam SRC International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Rafizi doa diberi keadilan sebaiknya

Sementara itu, Rafizi Ramli menerusi Twitternya berharapa Najib diberi keadilan sebaiknya sebagai seorang bekas pemimpin negara ini.

Sumber: Utusan MalaysiaAwani , Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *