Demi Cinta, Gadis Berkahwin Dengan Lelaki Afrika, Dan Berjaya Melahirkan Seorang Bayi Perempuan. Namun Dia Sangat Menyesal Saat Melihat Bayi Yang Dilahirkannya.

Pada zaman ini makin banyak orang mempunyai fikiran yang lebih moden dan open minded. Banyak anak muda sanggup berkahwin ke luar negara demi cinta mereka sendiri.

Sebenarnya, fenomena seperti itu sudah agak biasa dalam zaman ini, dan sekarang generasi tua sudah perlahan-lahan menerimanya.

Gadis ini bekerja di sebuah syarikat negara asing selepas menamatkan pengajian di kolej dan bertemu dengan suaminya sekarang.

Ketika lelaki itu pikat dan ajak dating dengan gadis ini, cinta lelaki ditolak pada masa itu kerana gadis ini tidak pernah fikir untuk berkahwin dengan lelaki negara asing.

Akan tetapi, lelaki itu tidak berputus asa dan sangat jaga hati gadis ini. Akhirnya gadis ini menerima lelaki Afrika tersebut.

Selepas setengah tahun mereka kenal antara satu sama lain dan keluar dating, gadis ini akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki itu. Oleh sebab lelaki itu adalah orang Afrika, gadis ini ikut suaminya balik ke Afrika selepas mereka berkahwin.

Satu tahun selepas mereka berkahwin, gadis itu telah mengandung. Oleh sebab berdarah campur, gadis ini sentiasa bayangkan adakah bayi mereka akan jadi sangat cantik? Banyak orang kata bayi yang berdarah campur adalah cantik dan ini juga memberi harapan kepada gadis ini.

Akhirnya, gadis itu melahirkan seorang bayi perempuan, tetapi gadis ini tidak gembira sama sekali.

Sebab saat gadis ini melihat bayi dia, dia mendapati bahawa kulit anak perempuannya sangat gelap.

Kalau bayi lelaki berkulit gelap masih boleh diterima. Tetapi warna kulit yang gelap untuk seorang bayi perempuan, dia langsung tidak dapat menerimanya, dan wajah bayi tu kelihatan seperti dirinya sendiri, tetapi warna kulitnya sama dengan suaminya yang gelap. ia telah membuat gadis itu mula menyesal.

Gadis ini fikir di dalam hatinya, dia tidak sepatutnya menjanjikan perkahwinan dengan lelaki Afrika ini pada mulanya. Setiap kali gadis ini pulang ke negara asal, dia melihat bayi-bayi orang lain putih dan cantik, hatinya rasa tidak selesa.

Walau bagaiman pun, ini sudah ditakdirkan dan gadis ini juga terpaksa menerima bayinya

Kredit: CP

Dibuang Al-Azhar Gara-gara Peluk Bakal Suami. Ini Penjelasan Pihak Universiti.

KAHERAH: Universiti Al-Azhar ambil keputusan membuang seorang pelajar wanita selepas muncul dalam video yang memaparkan wanita berkenaan sedang memeluk seorang lelaki.

Pihak universiti mendakwa pelajar tersebut telah merosakkan reputasi universiti.

Video yang tular awal bulan ini menunjukkan seorang lelaki muda membawa sejambak bunga dan berlutut di hadapan seorang wanita dan kemudian memeluknya dalam video yang dipercayai sebuah permintaan untuk menjadikan wanita itu sebagai isteri.

Video itu tidak dirakam di kawasan universiti Al-Azhar, tetapi di satu lagi pusat pendidikan tinggi, iaitu Universiti Mansoura yang terletak di bahagian utara negara itu.

Bagaimanapun, majlis disiplin Universiti Al-Azhar di Mansoura pada Ahad memutuskan untuk membuang gadis muda itu.

Jurucakap universiti, Ahmed Zarie berkata video itu telah menyebabkan “bantahan awam” dan keputusan universiti untuk membuangnya berikutan pelajar berkenaan menunjukkan “imej buruk” Al-Azhar, yang mengasingkan jantina lelaki dan perempuan dalam sesi pembelajaran.

Beliau berkata pelukan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin melanggar “nilai dan prinsip masyarakat”.

Sementara itu, jurucakap Universiti Mansoura berkata, pemuda yang turut dirakamkan di dalam video itu juga berhadapan sekatan, dan memaklumkan majlis disiplin akan bermesyuarat pada Isnin untuk memutuskan ‘hukuman’ ke atasnya.

Bagaimanapun, jurucakap universiti, Ahmed Zarie, berkata, majlis disiplin kampus Universiti Al-Azhar di Mansoura semalam, ‘memutuskan untuk menyingkirkan gadis berkenaan’.

Katanya, video itu menyebabkan ‘kemarahan awam’ dan keputusan universiti menyingkirkan beliau adalah kerana gadis itu memberikan ‘imej buruk’ kepada Universiti Al-Azhar, yang secara tegas mengamalkan pengasingan jantina.

Beliau berkata, perbuatan berpeluk antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah melanggar nilai dan prinsip masyarakat.

“Wanita berkenaan, bagaimanapun masih boleh merayu keputusan penyingkiran berkenaan”, kata Zarie.

Mesir, negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, masih dilihat sebagai sebuah masyarakat yang konservatif di rantau itu. Sumber astro awani.

Kredit: CP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *