Bukan suara Anwar burukkan Azmin atau Tun Mahathir – Wan Azizah

Hari ini tersebar RAKAMAN YANG MENYERUPAI SUARA ANWAR yang tidak dikatakan tidak puas hati dengan Azmin dan Dr Mahathir.
Susulan itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menafikan rakaman audio yang tular dikatakan milik suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Oh itu (audio) memang tak betul, kita memang dengar, ah! siapa punya ‘cong’(reka cerita) ini?

“Ini memang tak betul lah, itu bukan suara Anwar. Kamu boleh tanya dia (Anwar), saya yakin sangat itu bukan suara suami saya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyangkal sebaran audio yang mendakwa Azmin Ali sebagai ‘barua’ yang berkomplot dengannya bagi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir dilapor Sinar Harian berkata, beliau tidak pernah bercakap buruk mengenai Anwar atau Azmin mahupun sesiapa dan tidak pernah mencampuri urusan dalaman PKR.

“Berkenaan audio itu saya tak tahu, saya tak dengar. Tapi Anwar tak pernah kata pun begitu (Azmin barua Mahathir) kepada saya.

“Apa yang saya dah buat? Ada pernah dengar saya cakap buruk tentang Anwar? Azmin atau sesiapa?,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH.

Dr Mahathir turut mempertahankan pelantikannya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad dan Mohamed Azmin sebagai ahli lembaga pengarah.

“Kami cuba tukar Khazanah untuk tumpu kepada isu tertentu yang kebanyakannya saya tahu dan saya terlibat. Malah, saya adalah orang yang memulakan Khazanah.

“Kami akan cuba meletakkan Khazanah pada landasan yang betul. Apa salahnya saya jadi Pengerusi? – Bukannya saya nak jadi CEO atau dibayar gaji RM7 bilion,” katanya.

Sumber: malaysiastylonews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *