Perjanjian Buaya Bujang Senang Dengan Kaum Dayak Yang Kita Tidak Tahu Selama Ini Memang

Ini Merupakan Perjanjian Buaya Bujang Senang Dengan Kaum Dayak Yang Kita Tidak Tahu Selama Ini Memang Mengejutkan..

Bujang Senang merupakan nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus berukuran melebihi 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya.

Gambar Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.

Bujang Senang ini dikatakan bermaharajalela di sungai Batang Lupar sejak tahun 1941. Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar.

Akhirnya sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak m4ti Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.

Tengkorak Bujang Senang yang diawet kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.Seperti kisah oral yang disampaikan oleh orang Iban iaitu buaya ini adalah bersifat PENDEN DAM.

Menurut cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut, bahawasanya Bujang Senang ini asalnya adalah manusia yang disumpah kerana melakukan kesalahan yang sgt besar dan tidak diampunkan.

Buaya yang juga Bujang Senang ini sangat tersohor di Sarawak oleh kerana saiznya yang sangat besar melampaui saiz buaya lain. Ianya menjadi masyhur setelah mengamuk dan membaham manusia di sekitar Sungai Batang Lupar, Sri Aman saku ketika dulu.

Ada satu ketika keturunan Bujang Senang telah membuat perjanjian dengan masyarakat Dayak khasnya Dayak Iban bahawa barang siapa yang membu nuh keturunannya maka dia akan membalasnya dengan KEM4TIAN.

Perjanjian itu telah dipersetujui oleh masyarakat Dayak Iban dengan disaksikan oleh ketua keturunan Bujang Senang.

Oleh kerana kaum Dayak telah melanggar persetujuan tersebut dengan membu nuh seekor buaya daripada keturunannya, maka Bujang Senang dan keturunannya akan memburu manusia dan membalas den dam walaupun sehinga ke generasi seterusnya sehingga den damnya terbalas.

Selain itu ada juga kisah yang disampaikan menyatakan bahawa Bujang Senang akan naik ke daratan dan menjadi manusia kacak pada waktu bulan purnama. Tidak dapat dipastikan akan kesahihannya hingga kini.

Kredit: Dunia Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *