Inilah Cara Mudah Cuci Kipas, Confirm Habuk Tak Melekat Selama 2, 3 Bulan

Mesti korang malas nak cuci kerap kali kan. Jangan risau, kami ada cara mudah untuk korang semua. Guna cara paling senang ni, dalam masa 2 bulan lihat hasilnya yaa. Selamat mencuba!

Basuh kipas terlebih dahulu hingga tiada habuk. Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.

Celup span ke dalam cecair pelembut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas. Biar selama 5 minit , dan korang boleh basuh dengan air. Lap dan pasang seperti biasa kembali.

Habuk tidak akan melekat pada kipas, tak percaya? Silalah cuba okay!

Selepas cuci kipas, mesti habuk2 akan jatuh di lantai. Min kongsikan tips cuci lantai dengan berkilat.

Bukan namanya mengemas rumah kalau tidak disudahkan dengan mengemop lantai rumah. Apa lagi rumah jenis apartment yang dapurnya bersifat terbuka. Walaupun memasak di dapur, ruang tamu dan ruang untuk makan akan turun terasa kesannya. Kaki terasa melekit dan berminyak.

Sebenarnya mengemop lantai pun ada aturannya yang lebih tepat. Barulah lantai lebih bersih, licin dan berkilat.

Tahu cara terbaik mengemop lantai? Anda perlulah mencuba tip yang diberikan ini. Selain harum insyaallah lantai anda juga kekal bersih untuk tempoh yang
lama.

Langkah 1

Mulakan langkah dengan menyapu seluruh kawasan rumah dengan bersih. Pastikan setiap habuk, sampah terutamanya helaian rambut yang gugur dikumpulkan terlebih dahulu. Ini penting supaya proses mengemop tidak terganggu.

Langkah 2 – Air Panas & Cuka

Sediakan air rendaman berisi air panas yang dicampurkan dengan sedikit cuka. Mopkan keseluruh lantai dengan bancuhan air ini. Pastikan mop dikembangkan
ketika proses mengemop. Biarkan seketika sehingga kering.

Langkah 3 – Cecair Peluntur

Jika suka anda boleh juga menggunakan cecair peluntur seperti Clorox dalam bancuhan namun gunakan sedikit sahaja kerana ia meninggalkan bau yang agak
kuat. Pastikan ia diletakkan sedikit sahaja dan moplah seperti biasa. Biarkan kering.

Langkah 4 – Pencuci Harum

Kemudian buat bancuhan air bersama pencuci lantai yang ada dipasaran. Pastikan pencuci ini jangan tersalah beli. Belilah pencuci yang harum seperti berbau
bunga-bungaan seperti ros atau lemon.

Ada sesetengah bau pencuci lantai yang berbau kurang enak dan buat kita rasa tidak selesa. Mopkan keseluruhan lantai
dengan sekali cucian sahaja dan biarkan kering.

Langkah 5 – Air Bersih

Akhir sekali barulah dibilas dengan air bersih ke seluruh lantai. Pastikan penggunaan air bersih tanpa apa-apa bahan. Moplah seperti biasa dan biarkan
hingga kering. Hasilnya lantai anda bukan hanya harum malah licin dan bersih.

Ektra Tip

  1. Pastikan proses mengemop dimulakan dengan bahagian bilik terlebih dahulu dan diakhiri dengan kawasan dapur.
  2. Anda boleh juga menggunakan bancuhan lain khusus untuk dapur kerana kawasan ini luar biasa minyaknya.
  3. Pastikan mop dikembangkan dengan tepat supaya lebih membantu anda melakukan kerja dengan lebih cepat dan sekata.
  4. Buka kipas pada volume yang tinggi supaya lebih cepat kering.

Tips Lain Pulak Kalau kereta banyak peta, cuba petua di bawah ni,

Sekiranya seat kereta anda mempunyai banyak “ Peta Dunia” , Kami ada tips yang nak dikongsi dengan kos yang diperlukan sememangnya murah ! Jom check it out bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni :

Bahan yang diperlukan :

  • Sediakan 2 sudu cuka
  • 1 sudu the baking soda
  • secawan (kecil) air suam

Cara penyediaan :

  • Korang bancuh baking soda dan cuka bersama air suam
  • Kemudian, masukkan campuran bahan tadi ke dalam botol spray
  • Pastikan anda spray rata di seat yang kotor dengan jarak 6-8 inci dari seat kereta tersebut
  • Gosok bahagian yang kotor dengan menggunakan berus lembut atau berus gigi anda sehingga jadi bersih
  • Anda lap dengan menggunakan kain bersih yang sudah dibasahkan dengan air suam
  • Anda ulang langkah 3-6 hingga ia betul-betul jadi bersih
  • Keringkan dengan mengguna vacuum atau guna tuala ‘ microfiber’ hingga kering.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *