Lelaki Ini Kongsi Realiti Sebenar Di Sebalik Rancangan Bersamamu Yang Ramai Tak Tahu

‘Hulurkan tangan ringankan beban’, Program Bersamamu tidak asing lagi bagi penonton di Malaysia dan rancangan sebegini juga mampu mendekatkan diri kita dengan insan-insan yang kurang bernasib baik.

Salah seorang krew Bersamamu, Hazrey menerusi Twitternya kongsi pengalaman sepanjang menjalankan penggambaran program tersebut. Apa yang menarik ialah Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah turut menyertai misi bantuan banjir pada 2007. Ini kisah disebaliknya.

Benarkah mereka usaha atau bergantung pada bantuan?

Baginda tegas tapi dalam nada lembut

Ada wakil rakyat tak suka Bersamamu

Dia tulis untuk Bersamamu

Dia pun tarik perlahan. Keluar sekeping cek

Jumlah diterimanya besar

Kami antara perantaraan untuk penonton

Gunakan tenaga kita untuk bantu

Dari semalam tak makan

Jangan rasa jadi wartawan untuk glamour

Ini agak tragis

Jadi krew Bersamamu tak boleh mengada

Sumber: Hazrey

Kredit : ohbulan

Bersamamu demi prihatin sesama insan

BANYAK program realiti yang berlabuh di kaca televisyen sejak kebelakangan ini tetapi yang satu ini di TV3 cukup istimewa. Kalau mahu merujuk slogan “Masyarakat Penyayang”, inilah satu modelnya.

Program bergelar Bersamamu itu adalah program realiti bermotif kebajikan pertama seumpamanya yang diterbitkan oleh TV3. Ia sebagai tanda sikap prihatin terhadap sesama insan yang bernasib malang.

Realitinya adalah paparan sebenar keperitan hidup insan yang bernasib malang, daif dan kepada yang mampulah diharapkan menghulur bantuan. Bersamamu cukup menyentuh perasaan. Malah mampu mengalirkan air mata keinsafan ketika menonton mereka yang meneruskan hidup dalam serba kekurangan.

Air mata ini tentunya jauh lebih bermakna kerana penonton setidak-tidaknya berperikemanusiaan berkongsi secebis derita daripada paparan Bersamamu.

Rancangan tersebut antara lain bertujuan untuk menyelamatkan kehidupan, mengurangkan kesengsaraan serta beban dan memberi harapan baru kepada yang malang.

Ia memaparkan penderitaan anggota masyarakat yang terpaksa mengharungi dugaan berganda dalam meneruskan kehidupan. Pelbagai ujian yang menimpa daripada masalah kemiskinan, penyakit kronik, penderaan hinggalah sengsara ibu tunggal sememangnya menginsafkan.

Fokus program ini bukan saja memaparkan masalah itu kepada umum tetapi menarik perhatian pihak lain yang prihatin supaya tampil menghulurkan bantuan terutama syarikat korporat mahupun individu.

Menurut Penerbit Penyelaras Bersamamu, Noraini Tahir, program tersebut diinspirasi daripada Tabung TV3 Bersamamu yang ditubuhkan pada 2003 yang bertujuan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Bersamamu diwujudkan untuk memberi peluang kepada pihak terbabit menguruskan dengan lebih teratur setiap dana yang terkumpul demi kebajikan mereka yang kurang bernasib baik.

Dalam hal ini kami ingin pastikan nasib pihak tersebut betul-betul terbela dengan derma yang terhimpun.

Tujuan utama adalah untuk meringankan beban mereka yang kesusahan dan ia tidak semestinya bantuan kewangan tetapi hal lain juga seperti biaya pengajian, rawatan perubatan ataupun tempat penginapan,” kata Noraini.

Bersamamu dijayakan dengan kerjasama Amanah Raya Berhad yang bertindak sebagai pemegang amanah yang menguruskan tabung derma yang dikumpul. Ia juga adalah kolaborasi TV3 dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Bersamamu yang sudah ke udara sejak 30 Mei lepas selama setengah jam itu dilancarkan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain melancarkan majlis tersebut Rosmah juga menunjukkan keprihatinan dengan turun padang bersama krew Bersamamu melawat kes pada episod pertama.

Ketua Pegawai Eksekutif TV3, Datuk Farid Ridzuan pada pelancaran Bersamamu berkata, apa yang membezakan Bersamamu dengan program lain bukan saja dapat menyentuh perasaan penonton tetapi menarik perhatian pihak lain supaya mereka tampil memberikan bantuan.

Satu pengajaran yang kami peroleh daripada aktiviti amal yang pernah dijalankan adalah TV3 harus mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat bagaimana mereka boleh memainkan peranan dalam membantu yang kurang bernasib baik.

Kami percaya Bersamamu yang menggabungkan inisiatif serta usaha dalam aktiviti amal itu dapat memberi maklumat terbaik kepada para penderma dan sukarelawan,” kata Farid.

Menyentuh tentang sambutan, kata Noraini, ia agak menggalakkan. Bagi musim pertama ini Bersamamu akan ke udara selama 13 episod. Sebanyak sembilan episod yang pertama akan memaparkan kes-kes yang terpilih dari seluruh negara.

Sementara tiga episod terakhir pula akan menayangkan perkembangan terbaru mereka, kata Noraini.

Dalam episod itu kami akan memaparkan apa yang Bersamamu lakukan untuk membantu mereka dengan wang yang didermakan oleh masyarakat itu,” katanya lagi.

Personaliti TV3 baru, Fifi bertindak sebagai hos sementara pelakon terkenal Rosyam Nor dan Nanu turut mengambil bahagian sebagai hos bersama program tersebut.

Juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor juga turut serta sebagai penyanyi lagu tema Bersamamu yang berjudul Wajah ciptaan komposer Othman Mohamad sementara liriknya pula ditulis oleh Habsah Hassan.

Sehingga kini Bersamamu sudah memaparkan dua kisah menyayat hati yang memerlukan renungan dan bantuan orang ramai.

Kes atau responden dalam episod pertama membabitkan keluarga Saodah yang malang dari Subang Indah, Selangor. Saodah mempunyai dua anak iaitu Rosnah dan Rashid yang kurang upaya memerlukan pembelaan ramai.

Rosnah, dilahirkan cacat anggota sementara adiknya, Rashid, cacat selepas menghidap demam panas ketika berusia tiga tahun.

Duka Rosnah berlarutan apabila ada yang mengambil kesempatan ke atasnya sehingga melahirkan anak yang tidak berdosa, Ziana. Mereka kini menetap di perkampungan setinggan di Subang Indah.

Tumpuan Bersamamu adalah untuk memperbaiki hidup ibu yang uzur itu dan menjaga masa depan Ziana lantaran ibunya tidak berdaya.

Pada minggu lepas, Bersamamu memaparkan kesengsaraan dua adik-beradik yatim piatu, Syawal Nuraida dan Aidil Fikri Putra yang kehilangan ibu bapa dalam satu kemalangan pada 2003.

Kanak-kanak itu kini menetap bersama nenek mereka, Aishah di Flat Jalan Pekeliling dalam serba kekurangan. Apa yang mereka perlukan adalah bantuan untuk meneruskan pelajaran dengan sempurna. Bersamamu merakamkan luahan nenek Aishah yang berharap agar cucunya itu dapat meneruskan hidup dengan baik.

Kebanyakan daripada mereka walaupun layak menerima wang kebajikan setiap bulan namun belum tentu mencukupi dengan kos sara hidup yang tinggi sejak kebelakangan ini terutama di bandar besar.

Pada malam esok (13 Jun) Bersamamu akan kembali memaparkan dua lagi kes yang menyayat hati.

Paparan pertama adalah dari Kepong, Selangor, Wong Siew Ling, 10, diserang penyakit ganjil ketika berusia enam bulan. Penyakit yang tidak diketahui puncanya itu memberi kesan negatif kepada perkembangan mental dan fizikalnya.

Siew Ling kini menjalani rawatan di Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Cacat, Taman Megah, Petaling Jaya.

Ibunya, Lee Yock Chan tidak berkeupayaan menyara kos perubatan anak bongsunya itu yang perlu berada di rumah berkenaan untuk tempoh empat tahun lagi.

Sementara paparan kedua pula, Bersamamu ke Kangar, Perlis untuk mengunjungi Mohd. Syahmi Najib, 8 tahun menghadapi masalah jantung berlubang.

Ibunya berhasrat melakukan pembedahan ke atas anak tunggalnya itu tetapi menghadapi pelbagai halangan. Hidup Syahmi kini diibaratkan menghitung hari jika pembedahan tidak dilakukan segera.

Program Bersamamu ke udara setiap Isnin pada pukul 9.00 malam. Untuk yang berminat menyalurkan sumbangan kepada mereka yang kisah sedihnya dipaparkan boleh membuat demikian kepada Tabung TV3 Bersamamu – BSM di alamat Jabatan Komunikasi Korporat, TV3, Sri Pentas, No. 3, Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling, Selangor.

Tabung itu akan diuruskan oleh Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) dan Amanah Raya Berhad.

Tentu saja, Bersamamu ini istimewa kerana selain memaparkan kisah yang dapat menginsafkan jiwa ia juga memberi peluang kepada anda untuk menderma dengan cara mudah iaitu SMS.

Dengan cara itu tentu saja mudah bagi semua pihak turut serta apatah lagi ia dilakukan atas nama kemanusiaan tanpa mengenal batas bangsa dan agama.

Orang ramai juga boleh memberi bantuan melalui SMS dengan menaip Tabung dan memasukkan jumlah wang yang hendak disumbangkan.

Contohnya, jika jumlah yang hendak didermakan adalah RM2, anda hanya perlu menaip Tabung2 dan kirimkan kepada 33533.

Sumbangan menerusi SMS boleh dibuat dalam jumlah RM2, RM5 dan RM10. Setiap SMS akan dikenakan caj mengikut kadar biasa syarikat selular.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bersamamu, sila layari laman web http://bersamamu.tv3. com.my

Sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *