BAYI VIRAL DICULIK DARI RUMAH PENGASUH DITEMUI DIRUMAH PENGASUH TIDAK LAGI BERNYAWA.

Seorang bayi dilaporkan hilang dan diviralkan di media sosial semalam pada 3/7/2018 . Akibat dari keperihatinan netizen tentang bayi tersebut. Ianya menjadi viral di seluruh laman sosial meminta mencari bayi tersebut beserta beberapa keping gambar bayi tersebut dan beberapa keping gambar pengasuh yang mendakwa bahawa bayi tersebut telah diculik.

Menurut ibu bayi tersebut , bayi tersebut telah diletakkan dirumah pengasuh dan menjadi kecoh apabila ibu bayi tersebut mendapat mesej daripada pengasuh bayi tersebut mengatakan bahawa bapa bayi tersebut telah mengambil bayi tersebut dari pusat asuhannya namun didakwa bahawa lelaki yang mengambil bayi tersebut adalah bukan bapa kepada bayi tersebut.

Pada awalnya dikatakan bahawa bayi tersebut telah diculik oleh orang yang tidak dikenali dirumah pengasuh namun lain pula yang terjadi apabila media tempatan telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa bayi tersebut telahpun dijumpai dalam keadaan yang tidak bernyawa dirumah pengasuhnya.

Tiada apa apa penjelasan dari pihak berkuasa pada masa kini namun viral sebuah video di laman sosila bahawa pihak berkuasa telah megambil m4 yat bayi tersebut dari rumah pengasuh yang sebelum ini mengatakan bahawa bayi tersebut telah diculik oleh orang lain .

Netizen mula melemparkan pelbagai tanggapan terhadap kes tersebut kerana ianya amat menimbulkan kesangsian apabila mayat bayi tersebut dijumpai di rumah pengasuh tersebut . Ianya juga mungkin kes dera namun mungkin segalanya akan jelas apabila pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan esok.

Sumber: Youtube

Bayi ‘diculik’ dijumpai tidak lagi bernyawa dalam peti sejuk pengasuh

Bayi 'diculik' dijumpai mati dalam peti sejuk pengasuh

GOMBAK: Bayi lelaki berusia tiga bulan yang didakwa dilarikan individu tidak dikenali pada Selasa dijumpai tidak lagi berny4 wa di rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves.

m4 yat Adam Rayqal Mohd Sufi ditemui di dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di kediaman itu kira-kira jam 11 malam tadi, lapor Berita Harian.

Menurut laporan yang memetik kenyataan Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad, m4 yat Adam Rayqal yang lengkap berpakaian dan berbalut kain napkin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jen4 yah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.

“M4yat Adam Rayqal ini ditemui selepas siasatan polis mendapati terdapat keraguan dalam keterangan pengasuhnya.

“Polis kemudian membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi M4 yat bayi itu disimpan,” kata Ali.

Polis sudah menahan pengasuh berusia 33 tahun itu bersama rakan serumahnya yang berusia 36 tahun manakala M4 yat bayi berkenaan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk be d4h siasat.

Sumber : Astroawani

TERDAHULU….

Bayi tiga bulan dilarikan dari rumah pengasuh

Bayi tiga bulan dilarikan dari rumah pengasuh

Bayi itu diambil oleh seorang lelaki yang disangka oleh pengasuh terbabit sebagai bapa bayi berkenaan. -Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan hilang dipercayai dilarikan individu tidak dikenali dari rumah pengasuhnya di Taman Nakhoda, Batu Caves dekat sini, pada Selasa.

Bapanya Mohd Sufi Naeif Mohd Fauzi, 28 tahun, berkata kehilangan anaknya Adam Raikal dimaklumkan oleh isterinya Farah Madiha Othman, 28 tahun, kira-kira jam 7 malam.

“Isteri saya menghantar Adam Raikal ke rumah pengasuh pada pukul 12 tengah hari tadi kerana beliau ingin pergi bekerja.

Mohd Sufi Naeif berkata beliau belum pernah menjemput anaknya yang baharu seminggu dihantar ke rumah pengasuh berkenaan.

“Saya harap Adam Raikal dapat ditemui segera,” katanya yang masih memberi keterangan kepada pihak polis setakat 11 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Polis sedang merakam percakapan ibu bapa bayi terbabit bersama pengasuhnya,” katanya.

Mohd Sufi Naeif memuat naik gambar Adam di laman sosial miliknya meminta orang awam membantu mengesan anaknya itu.

— Astroawani via ohgebang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *