‘Dia siap mandi dan pasang ayat kursi’ – Kisah seram ke kisah curang ni?

“Kisah seram di pagi hari,” demikian tulis seorang gadis di Twitter yang berkongsikan pengalaman seramnya ketika membuat panggilan video dengan teman lelakinya.

Menurut gadis berkenaan, sedang dia berbual dengan teman lelakinya itu, tiba-tiba ternampak kelibat seorang perempuan lalu di belakang lelaki itu.

“Dia rambut pendek, baju purple. I can see it clearly,” tulisnya.

Si gadis kemudian bertanya siapakah perempuan itu dan teman lelakinya memaklumkan bahawa hanya dia seorang saja di rumah.

“I pun cam shit, should I tell the truth sebab I don’t think my eyes lie to me and i saw it clearly.

“Then I suruh dia pack barang dan mandi di office je sebab I tahu dia takut.
“clear”>

“Tiba-tiba dia tamatkan video call dan I dah mula resah like what happen apa semua. Ada orang masuk rumah ke? Everything goes in mind that time.

“Pastu I WhatsApp dia to make sure he’s okay. Dia tak reply, lagilah I risau.

“Then he reply kata dia dah siap mandi dan pasang ayat kursi. I rasa serba salah sebab I tahu dia ni penakut sangat especially dalam bab ni. Shit, I hope he’s alright.

“I’m sorry baby, I tak berniat nak takutkan awak but I saw with my own eyes,” tulisnya.
“clear”>
Namun netizen berpendapat bahawa gadis berkenaan telah diperdaya oleh teman lelakinya di mana perempuan yang dilihat dalam video itu adalah ‘orang ketiga’.

“Ah! Kenapa ada perempuan bodoh macam ni? Husnuzon pun berpada-padalah. Rasa nak smack some sense kat perempuan ini. Laki dia pun hebat berlakon acah-acah takut,” kata netizen.

“Damn girl! Kenapa lurus sangat ni? Percaya sangat kat boyfriend. Sis, itu bukan hantu sis. Itu partner in crime atau teman tapi ‘ratah’ pakwe anda,” kata netizen lain.
Sumber: @Pedoqpop
kredit: Thereporter

Pindah Rumah Baru Cuci Saja Tak Cukup, Perlu Buat 5 Perkara Ini Termasuk ‘Pagar Rumah’ Ikut Ajaran Islam

Pun begitu jangan hanya fikirkan keseronokkan untuk menghias semata-mata. Ada banyak perkara yang anda kena dahulukan untuk pastikan keadaan rumah dalam keadaan baik.

Selain mencuci seluruh rumah hingga bersih terlebih dahulu, lima perkara ini patut anda buat. Tak kira samada rumah baru, rumah yang sudah lama ditinggalkan pun kena lakukan perkara yang sama.

#1.Laungkan Azan

Langkah ni memang wajib buat. Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni), ia pasti akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-‘Ammar), yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.

#2. Baca Surah Al-Baqarah

Bila dah pindah ke rumah baru, malam pertama pastikan anda habiskan Surah Al Baqarah. Paling kurang pun pasangkan surah ini di dalam rumah. Biarkan ia bergema di seluruh rumah anda. Syaitan dan jin akan lari sebaik surah ini dibacakan. Lengkapkan dengan bacaan Yassin sekali.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud; “Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.”

#3. Solat dan Membaca Al-Quran

Pastikan jangan ditinggalkan solat dan amalkan bacaan Al Quran setiap hari. Inilah pendinding kita umat Islam. Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di

dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: “Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi)

#4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas

Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi
sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

#5. Pagar Rumah

Yang ni wajib buat sebelum berpindah masuk. Pagarkan rumah dengan renjisan air yassin pada setiap penjuru rumah. Lengkapkan dengan bacaan Yassin setiap hari sepanjang hari. Insyaallah rumah akan dilindungi.

Atau cara paling mudah, ambil segelas besar air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas) kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan hingga habis nafas.

Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan dimulai dengan penjuru yang terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam. Percaya dan yakinlah Allah sentiasa melindungi kita.

Sumber: keluarga.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *