Ashraf Muslim bakal meninggalkan dua isterinya.

video diatas sekadar hiasan.

Dilabel lelaki budiman dengan wajah tampan, Ashraf pernah menjadi dambaan peminat wanita pada zaman kegemilangannya.

Namun, zaman glamor itu ditinggalkan Ashraf sejak lima tahun lalu. Pelakon ini membuat keputusan untuk bertunang dan menikahi, Noor Dayana Lokman, 29, pada 1 Syawal tahun 2011 di Makkah.

Menghilang selepas bernikah, dua tahun kemudian, tiba-tiba nama Ashraf kembali diperkatakan. Kontroversi pernikahan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 32, mendapat liputan meluas media.

Berdepan dugaan dan cabaran, pelakon berusia 35 tahun ini menangani segala tohmahan peminat termasuk desakan keluarga yang ketika itu tidak boleh menerima keputusannya.

Namun, berbekal kesabaran tinggi dan beristiqamah, kehidupan anak kelahiran Melaka ini berubah drastik.

Meluahkan segala-galanya kepada BH, Ashraf mengaku, apa yang dikecapi hari ini bagaikan tidak disangka-sangka. Berkat kesabaran dan didikan terhadap kedua-dua isterinya, Ashraf bersyukur Allah mengurniakan anugerah dan nikmat yang tidak terhingga.

PETALING JAYA: Kini Pelakon Ashraf Muslim memberitahu dia terpaksa meninggalkan keluarga lebih seminggu bagi menyertai misi kemanusiaan ke Bosnia penghujung bulan ini.Ashraf, 36, berkata, biarpun pada awalnya berasa gementar dan bimbang, namun dia tekad untuk meneruskan hasrat membantu umat Islam yang kini berada dalam kesusahan di negara tersebut.

“Saya terpaksa berkorban masa dan tinggalkan keluarga dalam tempoh lapan hari untuk ke Bosnia. Isteri-isteri terpaksa reda sahajalah.

“Kita tidak tahu bagaimana keselamatan di sana, mereka kata semua baik tapi ada kawasan yang masih lagi berada dalam keadaan yang tidak selamat dan umat Islam ditindas,” ujarnya kepada mStar Online.

Ashraf mempunyai dua isteri iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Pelakon itu mempunyai tiga cahaya mata bersama kedua-dua isterinya iaitu Sarah Ashraf, Anas Ashraf dan Adam Ashraf.

Ashraf bersama 11 selebriti lain terlibat dalam aktiviti mencari dana kemanusiaan menerusi Projek Squad Celebrity Global Volunteers bermula 19 April ini.

Projek itu direalisasikan dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia (IRM) dan Pertubuhan Ukhwah 4 Ummah (U4U).

Pelakon drama Geng Tadarus itu akan bersama Diana Amir dan Farah Lee bertanggungjawab untuk merakam video dan mendapatkan kutipan dana untuk rakyat Bosnia.

“Ini merupakan projek pertama saya menggembara sejauh ini untuk membantu umat Islam di luar yang pasti memberi pengalaman dan pencapaian baru buat diri saya untuk mengutip dana sebanyak mungkin.

“Saya diberitahu kesan peperangan di sana membuatkan masyarakat hidup dalam keadaan serba kekurangan dan gagal untuk membangun.

“Mereka perlu mengusahakan tanah itu kerana jika tidak tanah tersebut akan diambil oleh kerajaan mereka sendiri,” ujarnya.

Selain Bosnia, IRM dan U4U turut menjayakan tiga lagi misi di Malawi (Afrika Timur), India dan Filipina membabitkan Irma Hasmie, Lufya Omar, Faizal Ismail, Fara Fauzana, Zoey Rahman dan Lah Ahmad.

Orang ramai yang berminat menyertai kempen ini boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman sesawang: www.ukhwahforummah.org atau www. islamic-relief.org.my

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *