Arsene Wenger tinggalkan Arsenal selepas 22 tahun

ARSENE Wenger membuat kejutan apabila membuat pengumuman akan meninggalkan Arsenal sebaik sahaja tamat musim ini.

Selepas 22 tahun membimbing The Gunners, pengendali kelahiran Perancis yang tiba dari Nagoya Grampus Eight pada tahun 1996 itu membuat kenyataan beremosi untuk penyokong-penyokong setia kelab.

Ia menyaksikan Wenger gagal membawa skuad menjujang trofi Liga Perdana sejak 2004.

Namun dia berjaya merangkul 10 trofi major sepanjang berada di London dan akan diingati sebagai salah seorang pengurus hebat selamanya.

“Selepas membuat penilaian teliti serta perbincangan dengan pihak kelab, saya rasakan sudah tima masa untuk meninggalkan kelab penghujung musim ini.

“Saya bersyukur kerana mendapat hak istimewa menguruskan kelab dengan pelbagai kenangan bertahun-tahun. Saya menguruskan kelab dengan penuh komintmen dan integriti.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua staf, pemain-pemain, pengarah dan semua penyokong yang menjadikan kelab ini intimewa.

“Saya berharap semua penyokong akan terus berada di belakang pasukan bagi mencapai kejayaan tertinggi.

“Untuk semua peminat Arsenal, jagalah nilai di kelab ini. Sayang dan sokongan saya selamanya,” ujar Wenger di laman rasmi kelab.

 

Sumber : mstar

 

ARTIKEL SETERUSNYA

 

Hebat Chong Wei!

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei yang menyumbangkan pingat emas dalam final acara perseorangan lelaki pada Sukan Komanwel 2018 pada Ahad.“Hebat Dato’ @LeeChongWei, memang luar biasa! Setiap hayunan raket tadi membawa bersama semangat 30 juta rakyat Malaysia! Tahniah emas ke-6 Malaysia di #GC2018,” kata perdana menteri dalam laman Twitternya.Dalam perlawanan di Carrara Sports and Leisure Centre, Gold Coast, Chong Wei menewaskan pemain nombor satu dunia, K. Srikanth dari India 19-21, 21-14, 21-14.Sementara itu, Chong Wei menyifatkan kejayaan itu sebagai satu kemenangan terindah buat dirinya memandangkan temasya kali ini adalah penampilan terakhir beliau.

Malah, beliau juga muncul antara atlet terbaik Malaysia pada temasya empat tahun sekali itu dengan lima pingat emas, menyamai rekod pemain beregu lelaki negara Koo Kien Keat.

“Ini satu kemenangan dan kenangan terindah buat saya, menang pingat emas di Sukan Komanwel terakhir saya. Memang saya tidak sangka dapat kemenangan hari ini kerana dalam perlawanan pertama saya sudah kalah. Tapi saya kata pada diri untuk terus buat ‘come back’ pada perlawanan kedua.

“Saya masuk gelanggang tidak fikir banyak… ini Komanwel terakhir saya dan saya cuma hendak buat yang terbaik,” katanya.

Dalam pertembungan final perseorangan lelaki pada Ahad, Carrara Sports and Leisure Centre bergema dengan sorakan penyokong India dan Malaysia.

“Menang set kedua, saya dapat semula keyakinan dan set ketiga saya cuba ikut kelajuan Srikanth dan boleh lebih cepat. Masa saya mendahului 5-0, saya yakin sebab tengok dia cuba ubah perlawanan dan buat kesalahan kecil.

“Penat memang penat. Bukan senang untuk saya bertanding hari ini tapi saya sudah bersedia untuk perlawanan yang sengit,” katanya.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *