Al fatihah..Pilu Hati Bila Baca…..“Yatt… abah dah jumpa jam tangan robot”- Luahan ayah allahyarham muhammad rayyan hidayat, mangsa dera teman lelaki ibunya. Sedihnya cuma tuhan jer tahu…

PETALING JAYA: Banyak ‘perjanjian’ dibuat bersama anak lelakinya berusia enam tahun, namun ditakdirkan si cilik itu maut kerana disyaki didera teman lelaki bekas isteri hingga patah tulang rusuk dan pecah usus.

Permintaan terakhir Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan sebelum kanak-kanak itu meninggal dunia pada 18 April lalu adalah seutas jam tangan robot.

Hasrat itu telah ditunaikan lelaki ini tetapi tidak berpeluang untuk menyarungkannya sendiri, sekali gus menimbulkan tanda-tanya berhubung hadiah buat anak kesayangannya yang lebih mesra dipanggil Yatt.

“Cari punya cari… Dapat juga jumpa jam abah hadiah kat Yatt… Walaupun dah patah habis semua. Tapi abah tau… Mesti Yatt punya kerja lah ni. Selalu beli mainan tak dan semigggu mesti lingkup.

“Tapi tak apalah. Kurang-kurang abah tau Yatt terima dan main jam ni. Ada juga kenangan yang abah boleh simpan. Alhamdulillah,” luahnya menerusi posting di Facebook pada Selasa.

Bapa kepada Allahyarham Muhammad Rayyan, Hairil Khan Azali berkata, dia tergerak hati untuk bertanyakan beberapa pihak mengenai status jam tangan itu kerana rindu terhadap arwah anaknya begitu menebal.

Hairil yang menetap di Beseri, Perlis memberitahu, dia mendapat berita gembira mengenai penemuan jam tangan di rumah bekas ibu mertuanya di Kangar.

“Ibu saudara arwah ada beritahu saya mengenai jam tu ditemui di bawah katil di rumah bekas ibu mertua. Bila saya dapat tahu, semalam juga saya pergi dapatkannya. Syukur Alhamdulillah, hadiah terakhir buat arwah dijumpai.

 “Tak tahu kenapa hati saya kuat untuk nak tahu di mana jam ni. Mungkin ini menjadi antara pengubat rindu dekat arwah. Masa dapat jam ni pun tak tahu macam mana rasa, nak bergenang pun ada,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Dengan penemuan jam tangan robot itu, lelaki berusia 32 tahun ini berharap ia sedikit-sebanyak dapat memberi kekuatan buat dirinya selepas kehilangan anak tercinta.

Malahan, keadaan jam tangan itu cukup meyakinkan dirinya bahawa arwah anaknya telah menggunakannya sejak ia dihadiahkan pada pertengahan Mac lalu.

“Saya kenal sangat dengan Yatt, maklumlah anak sendiri kan. Setiap permainan yang saya beri ada saja yang ‘diusik’ sampai ada bahagiannya yang hilang itu ini.

“Jam tangan ni dah patah, ada kesan calar kat bahagian belakang. Saya tahu memang Yatt dah pakai walaupun tak tahu untuk berapa lama,” katanya.

Tambah Hairil, pada awalnya dia bercadang untuk memakai jam tangan itu tetapi terpaksa dilupakan kerana keadaannya yang telah patah.

“Tak apalah, saya akan simpan elok-elok dan bawa ke mana-mana. Saya berharap terus diberikan kekuatan selepas apa yang berlaku.

“Jam tangan ini merupakan kenangan terakhir saya bersama arwah. Yatt… abah dah jumpa jam Yatt ni,” katanya dengan nada sebak.

Suspek lelaki berumur 26 tahun dan ibu mangsa berusia 31 tahun ditahan kira-kira pukul 8 malam Khamis ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dan direman sehingga 26 April bagi membantu siasatan kes berkenaan.

SUMBER 

via Kakitular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *