Aik, Dah Kenapa KJ Pakai Stokin Tak Matching? Rupa-rupanya…

Khairy Jamaluddin Abu Bakar boleh dikatakan satu-satunya menteri yang berjiwa muda dan sentiasa tampil stylo dan bergaya ke mana sahaja dia melangkah. Diberi jolokan ‘abah’ dan ‘tall, dark and handsome’, apa juga yang tindak-tanduk Ahli Parlimen Rembau ini sentiasa mendapat perhatian netizen.

Beberapa jam lepas Khairy atau KJ memuat naik satu foto menunjukkan dia memakai stokin yang tidak sepadan. Dah kenapa pula tu, YB?

Lambat ke Kabinet? OOTD terbaru?

Sebelum ini, KJ turut dirakam memakai stokin berwarna-warni dan memberi ‘statement’ pada keseluruhan gaya kepada hot daddy ini. Namun, tidak pernah pula dia memakai stokin yang tidak matching sehingga amat kontra warnanya sebelum ini.

Dimuat naik di Instagram, foto KJ memakai stoking kuning corak merah di sebelah kanan manakala berbelang biru kelabu menimbulkan tanda tanya jika dia tersalah pakai stokin berkenaan.

Saya suka stokin berwarna terang, tetapi hari ini ia tidak sepadan. Adakah kerana saya tergesa-gesa menghadiri mesyuarat Kabinet sehingga tidak dapat cari sepasang yang sepadan?

Menafikan usikan netizen yang menyangka dia tersalah pakai stokin, KJ ternyata ada alasan tersendiri mengapa dia memilih sendiri menyarung stokin sedemikian.

Stokin saya hari ini adalah bagi bersempena dengan Hari Sindrom Down Sedunia. Hari ini disambut bagi mengingatkan kita bahawa manusia boleh jadi berbeza dalam masa sama kekal menarik dengan seadanya.

Hari ini adalah tribute kepada anak saudara saya, Aisha yang ada Sindrom Down. Namun perkara itu tidak pernah menghalangnya untuk mencapai mimpi. Dia bijak, cantik, kelakar, aktif dan sangat yakin memberi ucapan kepada khalayak berkenaan isu pendidikan untuk semua kanak-kanak.

Turut dedikasi untuk Kak Hana

Tambah KJ lagi, selain untuk anak saudaranya itu, hari ini juga adalah hari yang didedikasikan untuk ibu Aisha yang telah banyak berkorban membesarkan anak seorang diri.

Hari ini juga satu penghormatan untuk ibu Aisha, Kak Hana. Dia membesarkan Aisha sebagai ibu tunggal. Saya masih ingat bila bertanyakan Kak Hana sekiranya dia mempunyai kuasa mengubah apa saja, adakah dia mahu mengubah Aisha supaya tidak memiliki Sindrom Down?

Katanya, ‘Mana mungkin saya akan ubah apa-apa. Jika saya buat, dia bukan lagi Aisha yang saya sayang sekarang.

Sumber: Khairykj via Oh!Bulan

TERDAHULU…

Seorang Lelaki Cuba Provoke Khairy Jamaluddin Di Instagram, Respon KJ Ini Cukup Win!

ohbulankj

Sebut sahaja tall, dark & handsome pasti orang ramai teringat akan YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia & Sukan Malaysia yang fit dan tampan. Personaliti beliau yang cukup menarik sering mendapat perhatian netizen

Beliau juga cukup aktif di laman Instagram dan memiliki lebih 600 ribu pengikut. Iyalah menteri pun main Instagram kot. Namun apa yang menarik perhatian kami ialah cara YB KJ membalas komen salah seorang followers. Burn!

“Awak bertuah”

Screen Shot 2017-03-06 at 1.17.24 PM

Terdahulu YB KJ memuatnaik foto ‘OOTD’ di parlimen sempena majlis pembukaan parlimen pagi tadi. Dalam banyak-banyak komen, ada lah seorang lelaki komen macam ini.

Screen Shot 2017-03-06 at 1.09.06 PM

YB KJ pon apa lagi. Mungkin dah tak tahan sangat dengan provokasi netizen selama ini, beliau pun balas komen tersebut.

Screen Shot 2017-03-06 at 1.09.55 PM

Kes 100 juta yang dimaksudkan tersebut ialah kes pegawai kanan kementerian belia & sukan yang disyaki terlibat dalam penyelewengan dana RM100 juta tahun lalu. Lain kali sebelum tanya, google dulu okay!

Sumber : Khairy Jamaluddin via Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *