‘Gimik Kami Menjadi’- Azad Jazmin Tak Sangka Pula Adik Ipar Dilamar Berlakon Sinetron

SHAH ALAM: Pelakon Azad Jazmin tidak menyangka, rakaman video aksi adik iparnya, Syainie Aida sedang mesra menari dengan vokalis Noah, Ariel membuka ruang untuk gadis itu bertapak di Indonesia.

Azad berkata, rakaman itu pada mulanya dimuat naik di laman sosial sebagai gimik promosi untuk memperkenalkan isterinya, Eira Syazira yang berkongsi pentas dengan Wali Band sempena tahun baharu.

“Saya yang memberikan idea untuk melakukan gimik itu kerana strategi seperti itu mampu menarik perhatian ramai. Saya cuma mahu peminat di sana menyedari kehadiran Eira yang terpilih untuk berkongsi pentas dengan Wali Band.

“Tidak sangka pula, ia membuka ruang kepada Syainie untuk bertapak di sana apabila dilamar sebuah syarikat produksi untuk membintangi sinetron,” katanya.

Meskipun aksi itu dikecam kebanyakan peminat di negara ini, Azad berkata, peminat di Indonesia pula melihatnya dari sudut persepsi berbeza.

“Ramai di sana memaklumkan mereka patah hati, malah tertanya-tanya gerangan gadis yang menari bersama Ariel pada malam itu,” katanya.

Sementara itu, Eira pula meluahkan perasaan terkilan dengan sikap segelintir netizen yang gemar menuding jari tanpa usul periksa.

Meskipun dikritik, Eira menyifatkan gimik yang dirancang menjadi apabila usaha kerasnya menapak dalam bidang nyanyian di negara jiran itu mendapat perhatian.

“Saya pernah tertanya-tanya mengapa tidak banyak pihak yang bercerita mengenai usaha saya menembusi pasaran negara seberang. Namun, masyarakat mudah melatah dan hanya mencari salah, berbanding melihat usaha yang saya lakukan sebelum ini.

“Biarpun tidak mendapat liputan meluas, saya bersyukur dengan sokongan tanpa henti yang diberikan Azad, keluarga dan rakan-rakan rapat. Mereka menjadi penguat semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik dan tidak mudah mengalah,” katanya.

Eira berkata, mengikut perancangan, dia dan Azad bakal kembali ke Jakarta, sedikit masa lagi bagi melunaskan proses rakaman album yang dijangka siap sepenuhnya sekitar Mac. “Banyak yang ingin dicapai pada tahun ini dan saya berharap semua perancangan itu akan berjalan lancar,” kata Eira. Sumber bharian.com

Biodata Syainie Aida Shuhaimi, Adik Pelakon Eira Syazira

Syainie Aida Header

Selepas kedua kakaknya iaitu Eira Syazira dan Syafnida Shuhaimi bergelar pelakon, kini muncul pula Syainie Aida. Beliau merupakan pelakon yang muncul dalam beberapa siri drama kebelakangan ini antaranya Inai Yang Hilang dan Azrul Bendul.

Sungguhpun baru dikenali peminat, Syainie Aida sebenarnya telah lama melibatkan diri dalam dunia lakonan. Malahan sejak berumur 7 tahun lagi beliau sudah berlakon dalam drama ‘Garis Penamat’. Beliau juga pernah menjadi pelakon teater termasuklah memegang watak utama dalam teater ‘Bangsawan Lela Manja’. Antara drama lain yang dilakonkan Syainie selepas itu adalah ‘Kasih Bertatah Delima’, ‘Lima’ dan ‘Mr. Mama’.

  • Nama Penuh: Syainie Aida Shuhaimi
  • Nama Popular: Syainie Aida / Syainie Shuhaimi
  • Tarikh Lahir: 27 September 1996
  • Umur: 22 tahun (2018)
  • Tempat Tinggal: Putrajaya / Kuala Lumpur
  • Ibubapa: Shuhaimi Acheh (bapa)
  • Nama Penuh: Syainie Aida Shuhaimi
  • Nama Popular: Syainie Aida / Syainie Shuhaimi
  • Tarikh Lahir: 27 September 1996
  • Umur: 22 tahun (2018)
  • Tempat Tinggal: Putrajaya / Kuala Lumpur
  • Ibubapa: Shuhaimi Acheh (bapa)

Video Syainie Aida Menari

Image result for Syainie Aida ariel

Sumber cokelatputih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *