[6 GAMBAR]APA PENGASUH DAH BUAT PADA BABY IAN .. SI KECIL INI KOMA TERDAPAT PENDARAHAN DALAM KEPALA DAN MATA

Seremban : Sebak pilu melihat sikecil yang aktif sebelum ini kini terbaring kaku,papa dan mama nya insan yang paling luluh hati melihat baby ian sekarang bertarung nyawa menggunakan mesin bantuan pernafasan.

Akhbar melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan kritikal dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) akibat pendarahan dalam otak dan mata selepas tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di sini, Isnin lalu.

Ibunya, Zura Emilia Mokhtar, 26, ketika dihubungi berkata, Muhammad Ummar Zayyan Muhammad Haikal Hafiz, mula dihantar ke rumah pengasuh yang dikenali melalui laman Facebook itu kira-kira seminggu sebelum kejadian berlaku.

“Isnin lalu, saya menerima panggilan daripada pengasuh memberitahu anak saya tidak sedarkan diri. Saya dan suami segera mengambil anak kami dan menghantarnya ke HTJS untuk rawatan dengan segera.

“Keesokan harinya, anak kami dipindahkan ke Unit Jagaan Rapi Kanak-Kanak (PICU) apabila keadaannya tidak bertambah baik.

“Doktor memberitahu, dia mengalami pendarahan dalam otak serta mata dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan,” katanya.

Kejadian itu menjadi viral di laman Facebook hari ini, apabila seorang lelaki mendakwa doktor turut menemui kesan lebam pada perut serta paha bayi berkenaan dan banyak pihak menyalahkan pengasuh terbabit yang disyaki menderanya.

Ditanya mengenai perkara itu, Zura Emilia berkata, dia tidak mengetahui kejadian itu menjadi viral dan enggan menyalahkan sesiapa buat masa ini.

“Masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa dan sudah membuat laporan polis pada Isnin lalu. Biar polis jalankan siasatan terlebih dulu,” katanya ringkas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, belum memberi sebarang maklum balas mengenai kejadian berkenaan.

Sama-sama kita doakan agar baby ian kembali pulih demi mama dan papa nya, seandainya ada unsur penderaan dalam kes ini biar lah pihak berkuasa menyiasat perkara ini.

Sumber: coretanmedia

Berita Lain

SAYU NYA PERMERGIAN MU .. SUZUKI GSX DIREMPUH HAIRI DISERET GRAND LIVINA SEJAUH 2KM (6GAMBAR)

Rembau : Apa yang berlaku amat menyedihkan boleh pemandu Grand Livina tidak perasaan yang dia merempuh sebuah motosikal kuasa tinggi lalu menyeret penunggangnya sejauh 2km.

Harian metro penunggang motosikal kuasa tinggi maut selepas diheret sejauh dua kilometer (km) oleh kereta dalam kemalangan di Kilometer 233.6, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Pedas Linggi, Rembau, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, Muhammad Hairi Che Pa, 35, yang menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX maut di tempat kejadian akibat parah pada kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Anuar Bakri Abdul Salam berkata, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum dia terjatuh di tengah jalan.

“Ketika itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina yang melalui laluan sama melanggar mangsa lalu mengheretnya sejauh dua kilometer.

“Pemandu MPV berusia 50 tahun itu dipercayai tidak menyedari dia melanggar mangsa dan hanya berhenti apabila mendapati kenderaannya bergerak perlahan seolah-olah tersangkut pada sesuatu.

“Dia terkejut apabila mendapati mangsa berada di bawah kenderaannya dan segera menghubungi talian kecemasan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Anuar Bakri berkata, bomba dan ambulans dihantar ke lokasi kejadian dan pemeriksaan mendapati mangsa yang beralamat di Taman Bukit Beruang Utama, Melaka, sudah meninggal dunia.

Katanya, mangsa dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Semoga keluarga arwah tabah kesian anak-anak masih kecil akibat kecuaian orang lain anak-anak dan isteri ini kehilangan ayah dan suami. Al fatihah.

Sumber: coretanmedia via halamanummi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *