21 gambar sebelum dan selepas edit yang menunjukkan perubahan ketara yang membuatkan ramai tertipu !

Zaman sekarang sememangnya tidak boleh lekang dengan media sosial. Hal itu juga menyebabkan kita mampu menipu wajah kita dengan menggunakan aplikasi yang tersedia.

Sebenarnya, adalah lebih mudah jika kita kelihatan biasa seperti diri sendiri apabila memuat naik gambar ke media sosial, seperti pada aplikasi Instagram misalnya.

Namun, ciri-ciri aplikasi ini terdiri daripada pelbagai ‘filter’ yang dapat mengubah kontras dan keseimbangan warna, semestinya membuatkan wajah kita layak untuk dimuat naik di Instagram.

Majoriti pengguna mahu kelihatan menarik jika memuat naik gambar penuh mereka dengan menguasai seni mendapatkan sudut yang terbaik.

Tetapi bagi netizen Weibo ini, Kanahoooo, kelihatan sempurna di sosial media boleh dilakukan melalui kemahiran ‘Photoshopping’ yang dahsyat.

Entah bagaimana, hasil kerja Kanahoooo sangat mengejutkan. Kita pasti tidak percaya bahawa gadis pada gambar sebelum tidak menyerupai gadis di gambar selepas – kecuali pakaian dan latar belakang. Tetapi jika anda tidak tahu apa-apa, anda mungkin akan terpedaya dengan gambar gadis dari China ini.

#1. Pengguna Weibo, Kanahoooo terkenal di dalam sosial media China

#2. Beliau telah diberi gelaran “Photoshop Holy,” menurut MSN

#3. Pekerjaan Kanahoooo sebenarnya memanipulasi gambar supaya akan kelihatan “bersinar”   

#4. Editor imej selalunya memadam fail setelah mereka selesai membuat kerja  

#5. Bagi Kanahoooo,  menyimpan fail selepas kerja menyunting sudah menjadi kebiasaan     

#6. Kanahoooo mempunyai alasan kenapa beliau berkongsi gambar sebelum dan selepas gadis-gadis China yang mengejutkan  

#7. Beliau memberi amaran kepada semua orang supaya tidak mempercayai gambar-gambar yang cantik di media sosial     

#8. Rupa-rupanya, sesetengah orang di laman web temu janji akan memanipulasi foto profil mereka supaya mereka kelihatan lebih menarik  

#9. Kanahoooo berpesan supaya berjumpa dan melihat dengan mata sendiri jika mereka ingin mengetahui bagaimana wajah sebenar mereka    

#10. Beliau bukan sahaja mengubah muka…  

#11. Tetapi juga mengubah lelaki ini menjadi perempuan!     

#12. Beliau juga dapat mengubah pondan menjadi sangat cantik 

#13. Semua ini dilakukan oleh Kanahoooo dengan menggunakan pembetulan warna, pembetulan mata dan sebagainya       

#14. Jika anda melihat gadis ini dengan gambar sebelumnya, mungkin susah bagi anda untuk mempercayai ia adalah orang yang sama 

#15. Bukan sahaja beliau boleh membuat orang kelihatan cantik, malah beliau juga dapat membuat seseorang itu kelihatan langsing   

#16. Sesungguhnya, beliau telah mencapai ‘wizard-level’ dalam menyunting gambar 

#17. Pada zaman ini, sungguh mudah untuk memperdayakan orang 

#18. Jika tiada editor imej, beberapa aplikasi boleh melakukan perkara yang sama

#19. Manusia zaman ini melakukan apa sahaja untuk kelihatan sempurna

#20. Hanya untuk meraih like dan mempunyai ramai pengikut di media sosial

#21. Malah kucing ini juga telah didandan secara digital

Adakah anda lebih suka mendapatkan pujian disebabkan oleh gambar yang dimanipulasikan tersebut ataupun anda memilih untuk menonjolkan kecantikan semula jadi anda?

Sumber: elitereaders

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *